SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PI1M TELAGA DAING

22 Julai 2016 | Jumaat

PENDAHULUAN :

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aktiviti menjalinkan silaturahim yang melibatkan pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Daing dan komuniti setempat. Selain itu, program ini juga dapat membudayakan sikap kasih sayang di PI1M Telaga Daing melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama, dan meraikan sambutan perayaan bersama-sama.

Aktiviti ini juga dapat melahirkan rasa kesyukuran menyambut Hari Raya Aidilfitri serta mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara pengunjung Pi1M Telaga Daing bersama Pengurus dan Penolong Pengurus.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini terbuka kepada semua pengunjung terutamanya ahli-ahli setia Pi1M Telaga Daing. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diadakan pada Hari Jumaat (22 Julai 2016) bermula jam 3.00 – 5.00 petang.





Berikut adalah antara gambar semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pi1M Telaga Daing berlangsung :



Sesi makan-makan dan beramah mesra bersama pengunjung setia Pi1M Telaga Daing.