MATH CONTEST / QUIZ

27 Mei 2016 | Jumaat

PENDAHULUAN :

Program ini dijalankan untuk menyemai minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran Matematik. Selain itu, diharapkan aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar.

Program Math Contest/Quiz ini juga bertujuan untuk mengisi waktu lapang para pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah di samping membentuk para pelajar supaya mempunyai sifat berdaya saing, bermotivasi tinggi, dinamik, progresif dan produktif.

Pertandingan Math Contest/Quiz ini telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah sahaja. Pertandingan ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada 27 Mei 2016 (Jumaat).

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :