INDOOR GAMES FOR YOUTH

18 November 2016 | Jumaat

Program “Indoor Games for Youth” merupakan sebuah program yang melibatkan semua pengunjung setia Pusat Internet 1 Malaysia yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah dalam mengenali permainan-permainan yang wujud dalam kehidupan seharian sekaligus untuk mencipta aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mereka melibatkan diri semasa cuti sekolah.

Antara indoor games yang telah diadakan adalah seperti pertandingan word search online, tiup belon sampai pecah dan radio buruk. Permainan-permainan yang diadakan secara tidak langsung dapat membina perkembangan kognitif murid dan mengisi masa lapang murid.

Semua peserta yang terlibat sangat terhibur dengan semua aktiviti yang diadakan dan memberikan kerjasama yang positif dalam setiap permainan. Program ini mampu memberikan impak yang positif dalam diri murid untuk bersantai di hujung minggu sambil bermain disamping melepaskan tekanan dalam mengulangkaji pelajaran. Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Jumaat (18 November 2016) bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Daing.

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pertandingan word search online
2. Pertandingan tiup belon sampai pecah
3. Pertandingan radio buruk

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

Aktiviti 1: Pertandingan “Word Search Online”

Aktiviti 2: Pertandingan “Tiup Belon Sampai Pecah”

Aktiviti 3: Pertandingan “ Radio Buruk”

Ini adalah antara gambar-gambar pemenang yang telah memenangi acara pertandingan yang diadakan. Syabas kepada semua peserta!