PERADUAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

28 Ogos 2016 | Ahad

PENDAHULUAN :

Peraduan Mewarna ini diadakan bersempena sambutan pada bulan Kemerdekaan bersama dengan Tabika Kemas Mawaddah Telaga Daing. Matlamat utama penganjuran aktiviti ini adalah untuk menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar-pelajar tadika sejak dari kecil lagi.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara dan menyemai rasa syukur dan menghargai kebebasan dan kemerdekaan negara. Tambahan pula, matlamat utama program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Peraduan Mewarna ini diadakan pada Hari Ahad (28 Ogos 2016) bermula jam 10.00 pagi – 12.00 tengahari.







Berikut adalah antara gambar semasa Peraduan Mewarna berlangsung :







Pemenang Tempat Pertama : Adik Nur Alyah
Pemenang Tempat Kedua : Adik Husna
Pemenang Tempat Ketiga : Adik Nik Muhammad Iqram





Sesi bergambar setelah selesai pertandingan bersama Pengurus dan Penolong Pengurus Pi1M Telaga Daing.