WEEKEND FUNWALK AND AEROBICS

28 Oktober 2016 | Ahad

PENDAHULUAN :

Program Weekend Funwalk dan Aerobik ini merupakan satu kesinambungan Hari Sukan Negara yang menggalakkan komuniti masyarakat Malaysia untuk bersukan terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersukan.

Program yang melibatkan seluruh komuniti masyarakat yang tinggal di daerah Kuala Nerus serta pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Daing bertujuan untuk mengeratkan silaturahim selain menyahut dasar kerajaan untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Selain itu, program ini juga dapat membudayakan sikap kasih sayang di PI1M Telaga Daing melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama, dan melakukan aktiviti sukan bersama. Aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan kepada semua pengunjung.

Berikut adalah antara gambar semasa perlawanan badminton antara regu berlangsung :