PERLAWANAN BADMINTON ANTARA REGU

23 September 2016 | Ahad

PENDAHULUAN :

Perlawanan badminton ini dijalankan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menceburi diri dalam aktiviti sukan dan merehatkan minda daripada tekanan pembelajaran. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan bersukan untuk kesihatan.

Tambahan pula, aktiviti ini juga dapat menyemai sikap bekerjasama antara pasangan regu bagi memperoleh kejayaan dan melatih pelajar dalam penyusunan strategi untuk menguasai sesuatu keadaan.

Pertandingan yang dianjurkan ini diharapkan dapat membentuk jati diri para pemain serta pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan badminton. Semoga dengan menyertai aktiviti ini dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin. Perlawanan Badminton antara Regu ini telah diadakan pada Hari Jumaat (23 September 2016) bermula jam 10.00 pagi – 4.00 petang. Para peserta telah menunjukkan semangat yang luar biasa untuk menyertai pertandingan ini walaupun dalam serba kekurangan. Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta yang terlibat.





Berikut adalah antara gambar semasa perlawanan badminton antara regu berlangsung :









Gambar para peserta yang memenangi pertandingan Perlawanan Badminton antara Regu. Tahniah kepada semua para peserta yang terlibat!



Pemenang Tempat Pertama :

Kumpulan BTJ
(Ahmad Alif Husaini bin Ahmad Rafzi & Muhammad Amri Afiq bin Hanafi)



Pemenang Tempat Kedua :

Kumpulan Pamoga Qu Puteh
(Zulhairie & Aidil)



Pemenang Tempat Ketiga :

Kumpulan Semut Merah
(Muhammad Amirul Hakimi bin Rusli & Muhammad Amirul bin Mahadi)



Pemenang Saguhati :

1) Kumpulan Telaga Daing 1
(Muhammad Syakir Haqiemi bin Mohd Faizal & Muhammad Salwan Ajuwat bin Md Shaffie)



2) Kumpulan Adit Semak
(Muhammad Adit Abdillah bin Adnan & Muhammad Fathul Iman bin Mazlan)



3) Kumpulan Semut Hitam
(Muhammad Amirul bin Zulkifli & Muhammad Aliff bin Suhairi)



4) Kumpulan Polo
(Muhammad Noor Hafizuddin & Muhammad Nur Syahiran bin Muzafar)



5) Kumpulan Telaga Daing 2
(Muhammad Haiekal Syazwan bin Mohd Faizal & Muhammad Zulfadhli bin Ali)