ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & E-WASTE

Aktiviti terkini | 21 Februari 2017

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu

Tujuan :
• Memperkenalkan dengan lebih mendalam fungsi Klik Dengan Bijak & E-Waste
• Menambah pengetahuan peserta mengenai KDB & E-Waste
• Memenuhi aktiviti kokurikulum sekolah
• Menanam sifat positif kepada para pelajar mengenai dunia ICT

Aktiviti Berkaitan:
• Ceramah KDB & E-Waste
• Sesi Soal Jawab
• Aktiviti Bebas – Bergambar

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan impak yang positif dalam diri murid mengenai ICT.
• Mengelakkan pelajar dari aktiviti penyalahgunaan internet.
• Memberi pendedahan mengenai pelbagai kebaikan ICT.
• Memperluaskan pengenalan PI1M kepada para pelajar.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :
Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” merupakan sebuah program terbuka kepada semua komuniti setempat yang berbilang kaum, bangsa dan umur. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” ini merupakan salah satu inisiatif MCMC yang dilaksanakan oleh Pusat Internet 1Malaysia untuk memperkenalkan kempen menggunakan internet dengan betul dan bijak.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sekaligus menggalakkan pelajar untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan ICT di Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) atau di rumah. Selain itu, program ini juga dapat mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia bagi komuniti setempat yang masih tidak arif dengan fungsi Pi1M dan kebaikannya kepada semua pihak. Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Selasa (21 Februari 2017) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar di sekolah tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :