HARI TERBUKA PI1M TELAGA DAING

Aktiviti terkini | 22 Julai 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Telaga Daing

Tujuan :
• Mempromosi aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M
• Menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M
• Merapatkan lagi silaturahim di antara pihak PI1M dengan komuniti setempat

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kesedaran dan bimbingan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan memberi tips-tips menjaga kerahsiaan butir peribadi di internet dan cara melaporkan sebarang kesalahan siber melalui taklimat klik dengan bijak
• Dapat mempromosikan dan memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat agar penduduk dapat mengetahui kewujudan PI1M ini serta tujuan dan kelebihannya terhadap penduduk setempat dan juga dapat menambah keahlian PI1M
• Meningkatkan kemahiran serta kesedaran di dalam aspek keselamatan penggunaan internet, menerapkan kepentingan Klik Dengan Bijak & E-Waste dan memupuk semangat kemasyarakatan di antara penduduk Kg Telaga Daing

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :