HAFAZAN SURAH-SURAH LAZIM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti terkini | 23 Jun 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Telaga Daing

Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Telaga Daing telah mengadakan aktiviti sihat kepada pengunjung-pengunjung di PI1M Telaga Daing iaitu “Hafazan Surah-surah lazim ayat-ayat suci Al-Quran” bagi menarik minat para pengunjung untuk lebih mencintai kitab suci Al-Quran disamping menambah pahala dan meningkatkan lagi iman dan kelancaran bacaan masing-masing.

Aktiviti ini telah dijalankan pada hari Jumaat (23 Jun 2017) bermula dari jam 2.30 p.m. hingga 4.00 petang. Para pengunjung memberikan reaksi yang positif dan suka untuk belajar mengenali dan mempelajari Al-Quran dengan menggunakan kaedah yang baru iaitu membaca dan menghafaz surah-surah lazim Al-Quran melalui “Youtube”. Dengan aktiviti ini, kami berharap dapat memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam tilawah al-quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat Al-Quran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :