KUNJUNGAN MESRA KOMUNITI TELAGA DAING

Aktiviti terkini |11 November 2021

Tempat Aktiviti:
Sekitar Kampung Telaga Daing

Tujuan Aktiviti :
• Membantu komuniti terpencil atau miskin tegar yang terkesan dengan penyakit kronik dan pandemic Covid-19 dalam memenuhi keperluan harian mereka.
• Menjalinkan kerjasama bersama Ahli Jawatankuasa Penyelaras Dun Seberang Takir disamping merapatkan jurang komuniti dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga Daing.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi mengenalpasti senarai komuniti yang layak menerima bantuan berbentuk makanan keperluan harian.
• Staff PEDi dan AJK Penyelaras Dun Seberang Takir ke rumah komuniti yang berkelayakan untuk menyampaikan bantuan daripada Penyelaras Dun Seberang Takir (Tuan Hj Fadhil bin Wahab)

Kelebihan Aktiviti :
• Meringankan beban komuniti yang terjejas tidak kira dari segi kewangan, pekerjaan dan barang keperluan harian.
• Memperluaskan lagi penjenamaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam kalangan komuniti Telaga Daing secara bersasar kepada penduduk yang terpencil dari segi internet dan komunikasi.
• Merapatkan hubungan silaturahim antara staff PEDi, ahli-ahli jawatankuasa Penyelaras Dun Seberang Takir serta penduduk setempat Kampung Telaga Daing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :