GOTONG ROYONG JPKK TELAGA DAING BERSAMA PIK TELAGA DAING

Aktiviti terkini |17 September 2021

Tempat Aktiviti:
Balairaya Kampung Telaga Daing/ Pik Telaga Daing

Tujuan Aktiviti :
• Membersihkan kawasan balairaya yang baru sahaja dibaik pulih oleh pihak Pejabat Daerah Kuala Nerus.
• Memastikan persekitaran balairaya, PIK dan Tadika Kemas dalam keadaan selamat dan mesra pengguna.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi membersihkan laman dan persekitaran balairaya
• Ahli JPKK menebang pokok yang menghalang wayar/kabel elektrik

Kelebihan Aktiviti :
• Membina hubungan kerjasama antara komuniti, JPKK dengan PIK Telaga Daing.
• Menjadikan persekitaran balairaya selamat serta selesa untuk komuniti.
• Mewujudkan sikap prihatin antara komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :