SESI WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti terkini |13 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Platform atas talian menggunakan Microsoft Teams

Ringkasan Aktiviti :
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu rakan kerjasama strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) telah menganjurkan webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Pengurus dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh Wilayah Pantai Timur

Tujuan Aktiviti :
• Menerangkan pendekatan dan inisiatif terkini pendaftaran program SPPP yang dikelolakan oleh pihak SSM.
• Memberi penerangan kepada Pengurus dan Rakan Digital PEDi mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan tentang cara menggunakan EZBIZ online untuk mendaftarkan perniagaan
• Syarat-syarat pemohon bagi pendaftaran perniagaan
• Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM


Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan usahawan PEDi untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lessen perniagaan dan perkhidmatan lesen perniagaan yang disediakan di dalam laman web SSM di PEDi terdekat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :