PERTANDINGAN MELUKIS ADIK PEDI BOLEH MELUKIS

Aktiviti terkini |13 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Telaga daing

Ringkasan Aktiviti :
• Pertandingan Melukis Adik PEDi Boleh Melukis telah diadakan bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama dengan anjuran digi.

Tujuan Aktiviti :
• Meningkatkan daya kreatif dan inovasi peserta
• Memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan bakal melukis dan mewarna
• Menggalakkkan peserta untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan
• Memupuk peserta untuk menghayati dan menghargai pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
• Peserta haruslah merupakan pengguna & ahli di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
• Lukisan boleh disediakan dalam bentuk digital atau lukisan tangan.
• Saiz lukisan ialah dalam bentuk A4 format (21.0 x 29.7 cm)
• Lukisan yang dihasilkan harus menepati Tema : Keluarga Malaysia Teguh Bersama
• Lukisan terpilih yang dihantar sebelum 15 Ogos 2022 (Isnin) turut berpeluang untuk dipamerkan di ruang legar bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) di Putrajaya.
• Setiap peserta HANYA layak untuk menghantar satu [1] penyertaan
• Tarikh akhir penghantaran: 20 Ogos 2022 (Sabtu)


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat membantu perkembangan peserta dari segi merangsang kemahiran motor halus
• Memberikan peserta pengalaman untuk membina serta mengembangkan kreativiti, mengenal warna dan membantu meningkatkan fungsi deria
• Peserta dapat membawa pulang hadiah berupa wang tunai
• Dapat memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang fungsi PEDi Telaga Daing kepada komuniti yang lebih luas


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :