PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ISI RUMAH E-WASTE

Aktiviti terkini |10 September 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Dewan Serbaguna Taman Batin Perdana

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah penglibatan dan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, KRT Kg Batin Perdana, JPKK Kg Batin dan PEDi Telaga daing dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle Sdn Bhd telah Berjaya menganjurkan Program Pengumpulan E-waste.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat cara yang betul untuk menguruskan sisa buangan elektronik dan barangan elektrik supaya tidak mendatangkan keburukan jika dibuang seperti biasa
• Memberi pendedahan kepada pengguna tentang cara pembuangan dan kitar semula bagi peranti yang tamat jangka hayatnya secara mesra alam dan selamat untuk persekitaran
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di kalangan masyarakat

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Gotong royong di sekitar Perkarangan Taman Batin Perdana
• Pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) oleh penduduk sekitar
• Pembelian bahan e-waste dari Syarikat KT Wan Recycle Sdn Bhd
• Hasil pengumpulan bahan buangan e-waste sebanyak 1,480Kg


Kelebihan Aktiviti :
• Mewujudkan kerjasama di antara petugas PEDi dan Agensi Kerajaan bagi menjayakan program ini
• Mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa untuk penduduk setempat
• Dapat memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang fungsi PEDi Telaga Daing kepada komuniti yang lebih luas


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :