KURSUS KOMPUTER ASAS GRAFIK DENGAN KERJASAMA KEMAS NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini |12 -14 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Telaga daing

Ringkasan Aktiviti :
• Kursus yang dilaksanakan selama 3 hari ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta.
• Pada hari pertama,para peserta didedahkan tentang asas grafik yang disampaikan oleh Puan Sharifah Suzaimah Binti Syed Sulaiman (Pemaju Masyarakat Pendidikan Literasi Komputer) selaku tenaga pengajar kursus ini.
• Seterusnya para peserta diberi tugasan membuat 'banner'secara berkumpulan.
• Manakala pada hari kedua,sesi pembelajaran diteruskan dengan mengajar para peserta untuk mencantikkan gambar menggunakan canva dan tugasan juga diberikan secara individu untuk dinilai oleh tenaga pengajar.
• Hari ketiga diteruskan dengan rumusan dan sesi penilaian bagi tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada peserta.
• Perasmian penutup dilaksanakan pada jam 10.00 pagi dan dihadiri oleh Tuan Haji Wan Rosli Bin Wan Ahmad (Mt Pegawai Kemas Daerah Kuala Nerus)

Tujuan Aktiviti :
• Memberikan pendedahan asas kepada peserta yang ingin mempelajari reka bentuk grafik menggunakan Canva

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan Aplikasi Canva
• Penggunaan Fonts, Colors, Images, Backgrounds, Layouts and Shapes
• Reka Grafik
• Canva for Mobile, work and business
• Bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Telaga daing dan fungsi PEDi kepada komuniti
• Mempelajari asas perisian grafik dengan menggunakan Canva untuk reka bentuk penyuntingan gambar dan sebagainya
• Bagi menjadikan bidang reka grafik sebagai sumber pendapatan sampingan atau tetap berpandukan kelas asas yang disediakan oleh PEDi Telaga daing


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :