TAKLIMAT KITAR

Aktiviti terkini |6 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Hotel Raia, Kuala Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• MCMC telah melancarkan program KITAR pada 1 November 2022 di mana Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Telaga daing telah dipilih sebagai Drop Points (DP).
• Setiap DP telah dibekalkan Kit Permulaan DP KITAR atau "KITAR DPKit" untuk operasi dan promosi KITAR.DPKit KITAR hendaklah mengandungi kotak koleksi, bunting, brosur dan pita ukuran.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi taklimat proses dan prosedur program
• Menasihati penyediaan sudut KITAR di Drop Points
• Mendapatkan maklum balas tentang keperluan bagi menyediakan sudut KITAR pada setiap Drop Points
• Berkongsi mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Operasi KITAR dan untuk mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan dan penambahbaikan selanjutnya

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Sesi Taklimat KITAR oleh Encik Mohd Shamsul Izuan Che Musa (Assistant Director, Technology Development Department Technology and Standards Division MCMC)
• Bersurai


Kelebihan Aktiviti :
• Pelupusan dan kitar semula jangka hayat telefon mudah alih dengan cara yang selamat.
• Memberi kesedaran mengenai kesan-kesan yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan dan alam sekitar akibat pembuangan yang tidak betul telefon mudah alih anda.
• Memberi pendidikan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengitar semula dan membaik pulih telefon mudah alih lama anda


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :