PROGRAM KITA MADANI PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Aktiviti terkini |20 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Rumah Komuniti Gong Baru,Gong Tok Nasek

Ringkasan Aktiviti :
• Program dengan Kerjasama Rumah Komuniti Teratak Desa Kampung Gong Baru itu dihadiri lebih 500 tetamu yang terdiri daripada ketua jabatan, pemimpin setempat dan penduduk kampung.
• Pelbagai pengisian disediakan bagi menjayakan program itu seperti ceramah berkaitan isu semasa oleh penceramah undangan.
• Tiga penceramah yang diundang pada program itu ialah Ketua Bahagian Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, ASP Noor Shahiram Adam ; Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felda Belara, Puan Mariani Mamat dan Puan Nazdilia Nawang dari Klinik Perubatan Hijraa Chendering.
• Selain itu, pengunjung berpeluang menyertai kuiz dan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan pada program itu.
• Program Kita Madani dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu, Encik Saharrudin Mohamed.

Tujuan Aktiviti :
• Untuk menyantuni semua rakyat di seluruh Malaysia
• Bagi mengeratkan hubungan silatulrahim diantara penduduk kampung

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Ceramah Penipuan Atas Talian oleh PDRM
• Slot Penerangan PEDi
• Ceramah Malaysia Madani oleh En Saharrudin bin Mohammed (Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat)


Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Telaga daing dan fungsi PEDi kepada komuniti
• Menjalinkan hubungan yang baik di antara agensi kerajaan serta penduduk kampung


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :