PROGRAM PEMERIKSAAN DAN JUALAN RAHMAH CERMIN MATA

Aktiviti terkini |13 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Telaga daing

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 13 Oktober 2023, telah berlangsung satu program Pemeriksaan dan jualan cermin mata Rahmah serendah RM 5 daripada Efkeyo Cawangan Setiu, Terengganu untuk komuniti yang mempunyai masalah rabun dekat.
• Pemeriksaan mata untuk rabun dekat ini adalah percuma.
• Komuniti dapat membeli dengan harga Rahmah untuk rabun dekat, rabun jauh dan juga yang mempunyai silau yang tinggi.
• Aktiviti utama ialah pemeriksaan mata menggunakan mesin khas, pemeriksaan cermin mata sediada, perkhidmatan mencuci cermin mata, khidmat nasihat penjagaan mata dan sebagainya.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi perkhidmatan pemeriksaan mata kepada penduduk setempat secara percuma
• Meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang kepentingan kesihatan mata

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pemeriksaan mata dengan menggunakan mesin khas
• Khidmat nasihat kesihatan mata
• Penukaran cermin mata baru


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti tentang penjagaan mata yang betul.
• Memudahkan komuniti luar bandar untuk membuat pemeriksaan mata tanpa perlu ke bandar.
• Dapat mempromosikan nama PEDi kepada komuniti luar bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :