PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & KITAR

Aktiviti terkini |24 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School” ini adalah anjuran Pusat Ekonomi Digital Kluster Kuala Terengganu/Kuala Nerus
• Pelbagai pengisian disediakan bagi menjayakan program ini seperti taklimat klik dengan bijak dan juga taklimat KITAR.
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Selain itu, terma KITAR atau e-sisa merangkumi semua jenis perkakas eletrik dan elektronik yang telah rosak atau dibuang.
• E-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet termasuk pengecas dan aksesori

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi Kuala Terengganu & Kuala Nerus serta mengetengahkan fungsi dan peranan PEDi kepada pelajar dan guru-guru.
• Memberi pendedahan tentang etika digital (Klik Dengan Bijak) dan KITAR.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara PEDi dengan pelajar sekolah dan guru-guru sekolah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan Klik Dengan Bijak
• Kuiz, Aktiviti & Taklimat mengenai Maklumat Palsu, Cybergrooming dan juga Buli Siber
• Taklimat KITAR dan pengumpulan barang e-waste


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan internet yang betul
• Meningkatkan juga keyakinan diri di kalangan pelajar
• Membentuk rasa bertanggungjawab terhadap barangan elektornik yang telah rosak serta cara pelupusan yang betul
• Menerangkan cara bagaimana dan kepentingan e-waste


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :