PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI NEGERI TERENGGANU 2023

Aktiviti terkini |24 September 2023

Tempat Aktiviti:
Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Bengkel ini berlangsung selama 1 hari yang bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.
• Bengkel adalah Inisiatif MCMC dan memberi penerangan mengenai Tugasan Sukarelawan yang telah disampaikan oleh Pn. Hashimah Hashim Ketua Jabatan Program Komuniti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
• Bengkel ini disertai oleh 42 sukarelawan yang terdiri daripada seorang petugas (M/AM) daripada 14 PEDi daripada 7 Kluster negeri Terengganu dan 24 orang sukarelawan yang dipilih oleh petugas PEDi daripada kalangan komuniti mereka masing-masing

Tujuan Aktiviti :
• Menggalakkan masyarakat menerima pendigitalan sebagai norma baharu dan mengambil bahagian dalam ekonomi dan teknologi digital.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sesi 1 : Pengenalan MIV,
• Sesi 2: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi
• Sesi 3: Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia (Pos Malaysia Berhad)
• Sesi 4: Pemasaran Menggunakan Media Sosial (Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu)
• Sesi 5: E-Bayaran (Bank Negara Malaysia (BNM) Kuala Terengganu)
• Sesi 6: Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan


Kelebihan Aktiviti :
• Para sukarelawan akan dapat berkongsi, menyampaikan pengetahuan dan mempromosikan penggunaan ICT secara positif dalam kalangan masyarakat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :