CERAMAH KLIK DENGAN BIJAK BERKENAAN DENGAN KESELAMATAN SIBER DI KALANGAN REMAJA MASA KINI

Aktiviti terkini |26 September 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Wan Azizah, SMK Padang Kemunting

Ringkasan Aktiviti :
• Pejabat MCMC Negeri Terengganu telah menerima undangan dari unit ICT SMK Padang Kemunting, Kuala Nerus, Terengganu untuk menyampaikan ceramah Klik Dengan Bijak berkenaan dengan Keselamatan Siber di kalangan Remaja Masa Kini.
• Perkongsian ini diadakan pada 26 September 2023 di Dewan Wan Azizah, SMK Padang Kemunting yang telah disampaikan oleh 4 orang staff PEDi daripada Kluster Kuala Terengganu / Kuala Nerus.
• Penceramah-penceramah terdiri daripada Puan Aimi Nadia binti Azmi daripada PEDi Telaga Daing, Puan Siti Norhaleeda Binti Md Rani daripada PEDi Mengabang Lekar, Puan Rabiatul Adawiah Binti Hashim daripada PEDi Chendering dan juga En Anas Husairi Bin Mohd Zarawi daripada PEDi Kg Petai Bubus.
• Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan 4 telah menghadiri sesi tersebut.
• Perkongsian kali ini membicarakan 3 topik dalam Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu, Cybergrooming dan juga Buli Siber

Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan Klik Dengan Bijak
• Kuiz, Aktiviti & Taklimat mengenai Maklumat Palsu, Cybergrooming dan juga Buli Siber
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Telaga daing dan fungsi PEDi kepada komuniti sekolah
• Menjalinkan hubungan yang baik di antara agensi kerajaan dengan petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi)


Kelebihan Aktiviti :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :