'IERACTIVE LEARNING THROUGH INTERNET'

Aktiviti terkini | 29 Disember 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Telaga Daing

Tujuan :
• Belajar secara interaktif melalui internet ialah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang baru, bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
• Melahirkan murid yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
• Menjadikan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan murid ke tahap yang optima kerana pembelajaran interaktif ini sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
• Mengembangkan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Meningkatkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam diri murid tersebut.
• Menyumbang kearah memperkembangkan kemahiran kawalan kendiri (self-regulation) dan kemahiran sosial.
• Menggalakkan imaginasi dan memberi peluang kepada murid untuk mencuba cara pembelajaran yang baru.
• Membina keyakinan diri dan menggalakkan murid bekerjasama menyelesaikan masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :