PEMERIKSAAN MATA PERCUMA OLEH EFKEYO

Aktiviti terkini | 28 Januari 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Telaga Daing

Tujuan :
• Untuk mengukur kerabunan dan masalah mata yang dialami oleh komuniti setempat dan menilai sejauh mana kesihatan mata sebagai penanda kesihatan.
• Mampu mengenali dan mendiagnosis tahap kesihatan mata bersama dengan doktor optometri yang diiktiraf dan juga boleh mendapatkan terus surat rujukan untuk dibawa ke hospital jika keadaan mata sudah teruk.
• Menggalakkan komuniti setempat untuk menitikberatkan cara penjagaan mata yang betul serta keperluan menjalani pemeriksaan mata berkala.
• Memudahkan komuniti setempat untuk melakukan pemeriksaan mata tanpa perlu ke bandar serta mendapatkan cermin mata yang baru atau menukar cermin mata mengikut power yang sesuai dengan keadaan mata seseorang individu tersebut.

Kelebihan dan Kebaikkan Aktiviti :
• Dapat mengukur tahap kerabunan dan masalah mata yang dialami secara percuma tanpa perlu ke klinik optometris yang jauh di bandar.
• Dapat memperkenalkan pusat internet 1malaysia (pi1m) telaga daing kepada komuniti setempat dan beramah mesra bersama staf Pi1M Telaga Daing.
• Menggalakkan komuniti setempat untuk sentiasa peka dan menjaga keadaan kesihatan mata sebelum terlambat serta dapat mencegah daripada mendapat penyakit yang tidak diingini.
• Komuniti dapat mengetahui cara penjagaan mata yang betul dan menambah pengetahuan tentang cara-cara pemilihan cermin mata yang tepat dan sesuai dengan keadaan mata masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :