KELAS KEUSAHAWANAN DIGITAL SHOPEE DENGAN KERJASAMA RAKAN DIGITAL
Aktiviti terkini |10 Disember 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Telaga Daing
Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Keusahawanan Digital Shopee ini telah berlangsung di PEDi Telaga daing dengan kerjasama Rakan Digital PEDi Chendering dan juga PEDi Mengabang Lekar.
• Seramai 5 orang usahawan dari PEDi Telaga daing telah menyertai kelas ini untuk belajar cara memasukkan produk usahawan mereka ke dalam platform digital iaitu Shopee.
• Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir 3.00 petang serta telah berjalan dengan lancar.
Tujuan Aktiviti :
• Mewujudkan dan membentuk masyarakat supaya minat berniaga
• Membantu usahawan dalam mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk usahawan secara atas talian menggunakan platform Shopee
• Meningkatkan pengetahuan usahawan untuk berniaga melalui platform digital Shopee
• Mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan Shopee
• Daftar Akaun Shopee
• Setup Kedai
• Seller Centre
• Canva
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim diantara PEDi dengan Rakan Digital dan juga usahawan di sekitar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :