TAKLIMAT ADVOKASI : KESELAMATAN INTERNET

Aktiviti terkini |8-9 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Balairaya Kg Baru Pulau Redang, Pulau Redang

Ringkasan Aktiviti :
• Sebuah Program Sokongan Sosial Dalam Komuniti Pulau Redang: Advokasi Dalam Bidang Sains & Teknologi (STEM) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kemahiran Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diwakili oleh petugas daripada PEDi Telaga daing dan PEDi Chendering.
• Program Advokasi ini diadakan di Balairaya Kg Baru Pulau Redang selama dua hari dan melibatkan 100 orang komuniti Kg Baru Pulau Redang

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada komuniti terhadap etika digital (Klik Dengan Bijak)
• Mendidik komuniti supaya tidak mudah mendedahkan maklumat peribadi, tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika penggunaan internet dan menyalahkan kemudahan yang disediakan ketika melayari internet
• Komuniti akan menjadi lebih positif dalam menggunakan kandungan berangkai.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kaunter Pendaftaran di buka kepada komuniti untuk cabutan bertuah dan pertandingan mewarna
• Pemberian Bantuan kepada Ibu Tunggal dan juga Orang Kurang Upaya (OKU) dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
• Taklimat untuk meneruskan pengajian dalam bidang sijil kemahiran dari Jabatan Kemahiran Malaysia
• Taklimat Klik dengan bijak berkenaan penipuan internet dari PEDi


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan dengan lebih mendalam tentang fungsi PEDi kepada komuniti yang lebih luas


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :