PROGRAM ADVOKASI PEDI CYBERTALKS @ SCHOOL
Aktiviti terkini |6 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Dewan SMK Ibrahim Fikri
Ringkasan Aktiviti :
• Program Advokasi “PEDi Cybertalks @ School” ini adalah anjuran Pusat Ekonomi Digital Kluster Kuala Terengganu/Kuala Nerus bersama Celcomdigi.
• Pelbagai pengisian disediakan bagi menjayakan program ini seperti taklimat klik dengan bijak dan juga taklimat KITAR.
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Selain itu, terma KITAR atau e-sisa merangkumi semua jenis perkakas eletrik dan elektronik yang telah rosak atau dibuang.
• E-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar dan tablet termasuk pengecas dan aksesori
Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Penerangan Klik Dengan Bijak
• Taklimat KITAR / E-Waste
• Kuiz, Aktiviti & Kutipan Barangan E-Waste - Digi akan mengagihkan simkad PERCUMA kepada semua pelajar
Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Telaga daing dan fungsi PEDi kepada komuniti sekolah
• Menjalinkan hubungan yang baik di antara agensi kerajaan dengan petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :