PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN PORTAL PADU
Aktiviti terkini |4 Januari 2024Tempat Aktiviti:
PEDi Telaga daing
Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Telaga daing telah menerima kunjungan dari Team Media BERNAMA dan TV3 untuk shoot video Sesi temubual Pengurus dan Komuniti bagi Pendaftaran dan Pengemaskinian Portal PADU di PEDi Telaga daing.
• Orang ramai berpendapat mengisi Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) lebih mudah dan cepat berbanding melakukannya sendiri di rumah.
• Seorang suri rumah tangga, Kampung Telaga daing, Siti Aishah Binti Ali 36, berkata, bantuan daripada kakitangan PEDi melancarkan proses pengisian maklumatnya di laman sesawang terbabit. Katanya, capaian internet di premis berkenaan juga lancar selain persekitarannya yang selesa.
• Menurutnya, penggunaan PADU membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan sasaran dengan lebih tepat tanpa sebarang ketirisan."Saya tak pernah dapat sebarang bantuan sebelum ini, mungkin dengan mengisi PADU ini, ada bantuan yang saya layak selepas kerajaan buat tapisan nanti," katanya.
Tujuan Aktiviti :
• Objektif utama PADU adalah menyediakan pangkalan data utama negara bagi membolehkan kerajaan memproses data itu untuk menentukan kelayakan individu menerima bantuan yang disediakan kerajaan dari semasa ke semasa.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan kepada Portal PADU
• Cara memasukkan maklumat ke dalam sistem PADU
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu Kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar.
• Untuk memastikan penduduk tidak tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain sekiranya layak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :