BASIC ICT: MICROSOFT OFFICE POWER POINT

Aktiviti terkini | 20 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Telaga Daing (Kg Seberang Takir)

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas komputer yang telah dijalankan ini adalah bagi meningkatkan Kemahiran ICT yang kepada peserta yang terlibat.
• Pelajar dikehendaki membuka aplikasi PowerPoint dan membuka dokumen baru yang kosong dan tetapkan saiz poster yang ingin dibuat serta tambah “effect” dan hiasan kemudian simpan dalam format “jpg”.

Tujuan Aktiviti :
• Kelas ini bertujuan untuk Menggunakan Grafik dan Multimedia iaitu dengan memperkenalkan cara mengedit grafik, jadual, gambar, video, dan audio untuk menjadikan pembentangan lebih informatif dan menarik

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sediakan Dokumen Baru
• Tetapkan Saiz Poster
• Reka Bentuk Poster

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan pengalaman langsung kepada peserta untuk mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari dalam lingkungan yang interaktif dan praktis
• PowerPoint membolehkan kolaborasi dalam masa nyata apabila menggunakan OneDrive atau SharePoint, memudahkan pasukan untuk bekerja bersama dalam pembentangan poster
• Boleh memasukkan grafik atau data, PowerPoint dan mengimport data dari Excel secara langsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :