Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL CELIK IT

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2021

Satu program Bengkel Celik IT dianjurkan khas buat muslimat dan para wanita di DUN Seberang Takir di Dewan Martis, Kg Duyung dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Fadhil Wahab selaku Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir. Program ini juga adalah kerjasama bersama dengan Pusat Ekonomi Digital Telaga Daing dalam usaha memberi kesedaran kepada kaum wanita tentang kepentingan dan penggunaan IT dalam era globalisasi....baca selanjutnya

KUNJUNGAN MESRA KOMUNITI TELAGA DAING

Aktiviti Terkini | 11 November 2021

Sesi Kunjungan Mesra Komuniti Telaga Daing merupakan salah satu program jalinan kerjasama antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Telaga Daing bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Penyelaras Dun Seberang Takir yang diadakan secara bersasar bagi meringankan beban kepada komuniti yang terjejas dengan pandemik Covid-19 khususnya serta komuniti yang terkesan dengan penyakit kronik. Hal ini sekaligus dapat merapatkan jurang pendigitalan antara komuniti bersasar yang terpencil sekitar Telaga Daing....baca selanjutnya

TUTORIAL APLIKASI PREZI

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021

Memberi pendedahan mengenai aplikasi dalam talian kepada komuniti secara dalam talian...baca selanjutnya

GOTONG ROYONG JPKK TELAGA DAING BERSAMA PIK TELAGA DAING

Aktiviti Terkini | 17 September 2021

Program gotong royong ini diadakan oleh PIK Telaga Daing dengan kerjasama pihak JPKK Telaga Daing memandangkan PIK baru selesai dibaik pulih. Aktiviti ini disertai oleh ahli jawatankuasa JPKK dengan jumlah yang terhad mengikut SOP semasa....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE KLIK DENGAN BIJAK (OVERSHARING)

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2021

Program Klik Dengan Bijak ini adalah program usahasama Kluster Kuala Nerus/Kuala Terengganu yang melibatkan PIK Petai Bubus, PIK Telaga Daing dan PIK Chendering membincangkan tentang topik ‘Oversharing’....baca selanjutnya

PANDUAN MEMBUAT PROMOSI UNTUK PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2021

Menerangkan kepelbagaian kaedah promosi perniagaan...baca selanjutnya

PENGENALAN PROGRAM TRENGLISH SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2021

Program ini dijalankan bersama salah seorang tutor program Trenglish di negeri Terengganu bagi memperkenalkan dan memperluaskan lagi program ini yang telah dibangunkan khas untuk meningkatkan tahap komunikasi bertutur dalam bahasa Inggeris terutamanya untuk anak Terengganu....baca selanjutnya

PEMBAHAGIAN BARANGAN ASAS

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2021

Program ini dijalankan bersama para pelajar dan kanak-kanak kawasan Seberang Takir. Program Pembahagian Barangan Asas ini bertujuan untuk meringankan beban komuniti setempat Telaga Daing dalam menangani pandemic covid 19...baca selanjutnya

HOW TO SIGN UP EMAIL

Aktiviti Terkini | 9 & 10 April 2021

Program ini dijalankan bersama para pelajar dan kanak-kanak kawasan Seberang Takir. Program Asas ICT bertujuan memberi pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak. Program ini juga mampu membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran IT....baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA INTERNET DAN EMAIL

Aktiviti Terkini | 12 & 13 Mac 2021

Program Pengenalan Kepada Internet dan Email bersama Persatuan Ibu Tunggal (PEKIBUT) kawasan Seberang Takir ini adalah kesinambungan bagi Program Asas ICT bertujuan membantu golongan ibu tunggal khususnya bagi yang bergelar usahawan...baca selanjutnya

ASAS MICROSOFT OFFICE WORD

Aktiviti Terkini | 19 & 20 Februari 2021

Membantu Golongan Warga Emas Untuk Mempelajari Mengenai Asas Ict....baca selanjutnya

BANTUAN MESRA COVID-19

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2021

Membantu meringankan beban bagi yang terkesan dengan pandemik covid-19...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti