Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS KEUSAHAWANAN DIGITAL SHOPEE DENGAN KERJASAMA RAKAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Kelas Keusahawanan Digital Shopee ini telah berlangsung di PEDi Telaga daing dengan kerjasama Rakan Digital PEDi Chendering dan juga PEDi Mengabang Lekar. Seramai 5 orang usahawan dari PEDi Telaga daing telah menyertai kelas ini untuk belajar cara memasukkan produk usahawan mereka ke dalam platform digital iaitu Shopee. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir 3.00 petang serta telah berjalan dengan lancar....baca selanjutnya

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DENGAN KERJASAMA TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 1 November 2022

Program Sambutan Maulidur Rasul ini telah berlangsung di PEDi Telaga daing dengan penglibatan guru-guru dan kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Telaga daing seramai 20 orang Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir 10.00 pagi serta telah berjalan dengan lancar....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & E-WASTE

Aktiviti Terkini | 28-29 Oktober 2022

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ISI RUMAH E-WASTE

Aktiviti Terkini | 10 September 2022

Program ini adalah penglibatan dan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, KRT Kg Batin Perdana, JPKK Kg Batin dan PEDi Telaga daing dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle Sdn Bhd telah Berjaya menganjurkan Program Pengumpulan E-waste....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS ADIK PEDI BOLEH MELUKIS

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

Pertandingan Melukis “Adik PEDi Boleh Melukis” telah diadakan bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” dengan anjuran digi....baca selanjutnya

SESI WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2022

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu rakan kerjasama strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) telah menganjurkan webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Pengurus dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh Wilayah Pantai Timur...baca selanjutnya

TAKLIMAT ADVOKASI : KESELAMATAN INTERNET

Aktiviti Terkini | 8-9 Jun 2022

Sebuah Program Sokongan Sosial Dalam Komuniti Pulau Redang: Advokasi Dalam Bidang Sains & Teknologi (STEM) anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kemahiran Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diwakili oleh petugas daripada PEDi Telaga daing dan PEDi Chendering. Program Advokasi ini diadakan di Balairaya Kg Baru Pulau Redang selama dua hari dan melibatkan 100 orang komuniti Kg Baru Pulau Redang...baca selanjutnya

KURSUS PENGAWETAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Sebuah program anjuran NB FOOD Specialist Centre dan MARDI dengan kerjasama PEDi Telaga daing yang melibatkan usahawan makanan di Seberang Takir. Program ini diadakan melalui “online zoom meeting” secara percuma oleh Puan Alyani Mohd Fadzil dari Halal Auditor...baca selanjutnya

PROGRAM MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 25 April 2022

Sebuah program anjuran KWSP dengan kerjasama PEDi Telaga daing yang melibatkan seluruh komuniti Kampung Telaga daing, Kampung Seberang Takir dan kampong sekitar yang berdekatan. Program ini diadakan melalui pembukaan kaunter perkhidmatan KWSP secara percuma dari Team KWSP Cawangan Kuala Terengganu...baca selanjutnya

LIGA FUTSAL MAHABBAH KOMUNITI SEBERANG TAKIR

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2022

Sebuah program anjuran Persatuan Pemuda Komuniti Seberang Takir yang akan diadakan pada setiap bulan. Program ini melibatkan seluruh komuniti Seberang Takir iaitu sebanyak 3 buah kampung yang berdekatan dan disertai oleh komuniti yang berumur 15 tahun ke atas....baca selanjutnya

MISI CAKNA BANJIR SEBERANG TAKIR

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2022

Membantu komuniti yang terjejas akibat bencana banjir....baca selanjutnya

PROGRAM VIAGANU MOBILE KAFETEEN

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022

Memberi penekanan pembelajaran mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial (PKRS)...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti