Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024INTERACTIVE LEARNING THROUGH INTERNET
Aktiviti Terkini | 29 Disember 2017Aktiviti “Interactive Learning Through Internet” telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Daing di mana aktiviti ini memberi pendedahan tentang pembelajaran secara interaktif kepada pelajar melalui internet. Pelajar-pelajar diajar tentang subjek di sekolah melalui “Astro Tutor TV” sebagai contoh subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Selain itu, para pelajar juga diberikan kuiz untuk dijawab melalui internet dengan kaedah yang lebih menyeronokkan dan menghiburkan....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI BERSAMA WARGA JKKK PANTAI KG. TELAGA DAING
Aktiviti Terkini | 11 November 2017Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Telaga Daing pada 11 November 2017 bertempat di bilik latihan PI1M bersama dengan warga JKKK Pantai Kg. Telaga Daing. Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada komuniti setempat tentang penggunaan internet secara berhemah....baca selanjutnya
'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'
Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya
PERTANDINGAN SUSUN SUAI GAMBAR
Aktiviti Terkini | 23 September 2017Aktiviti ini melibatkan pelajar dan ahli PI1M yang masih setia bersama-sama dalam menjayakan aktiviti bulanan PI1M sekaligus dalam usaha pihak staff PI1M untuk memberi keseronokan kepada yang hadir....baca selanjutnya
'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2017Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya
ADVOKASI DI PI1M MENGABANG LEKAR
Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2017Aktiviti ini merangkumi jualan simpack digi, permainan indoor dan outdoor, jamuan makan tengah hari dan cabutan bertuah. Terbuka kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pi1m. Program ini juga hasil kerjasama dengan pihak JKKK RAKR Mengabang Lekar....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M TELAGA DAING
Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017PI1M Telaga Daing dengan kerjasama JKKK Kg. Telaga Daing telah menganjurkan Program Hari Terbuka PI1M Telaga Daing di perkarangan PI1M pada 22 julai 2017. Program ini telah berlangsung dengan begitu meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat....baca selanjutnya
HAFAZAN SURAH-SURAH LAZIM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017Para pengunjung memberikan reaksi yang positif dan suka untuk belajar mengenali dan mempelajari Al-Quran dengan menggunakan kaedah yang baru iaitu membaca dan menghafaz surah-surah lazim Al-Quran melalui “Youtube”. Dengan aktiviti ini, kami berharap dapat memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam tilawah al-quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat Al-Quran...baca selanjutnya
Negaraku: Menghubung Menyatu Di Sk Pulau Redang
Aktiviti Terkini | 19 - 20 Mei 2017Program ini mendidik pengguna untuk menggunakan internet dengan betul dan merapatkan silaturahim antara penduduk Pulau Redang dan memperkenalkan program KDB dan E-Waste...baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'
Aktiviti Terkini | 11 - 13 April 2017Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya
'COLORING ONLINE CARTOON CHARACTER'
Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017Aktiviti ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat mewarna yang ada dalam diri pelajar tabika serta mengecam jenis-jenis warna dan mengajar kanak-kanak untuk mewarna secara online menggunakan komputer berbanding dengan mewarna secara manual. Ia juga memperkukuhkan kemahiran menggunakan peralatan komputer serta menggalakkan mereka untuk lebih celik IT dan meningkatkan daya saing di antara para pelajar untuk menghasilkan hasil kerja yang paling cantik dan kemas...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGA
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2017Seramai 100 orang pelajar darjah 4, 5, 6 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut. Program Advokasi ini dijalan selama 2 jam setengah ini merangkumi aktiviti seperti taklimat KDB, tayangan video, Kuiz KDB, dan taklimat mengenai E-Waste. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PI1M Chendering kepada warga sekolah. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif....baca selanjutnya
ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK & E-WASTE
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2017Program ini telah dijalankan pada hari Selasa (21 Februari 2017) bertempat di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar di sekolah tersebut. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” merupakan sebuah program terbuka kepada semua komuniti setempat yang berbilang kaum, bangsa dan umur. Program “Advokasi Klik Dengan Bijak & E-Waste” ini merupakan salah satu inisiatif MCMC yang dilaksanakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia untuk memperkenalkan kempen menggunakan internet dengan betul dan bijak....baca selanjutnya
'WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE QUIZ'
Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017Pertandingan ini diadakan adalah untuk mengurangkan tekanan pelajar pada hujung minggu. Selain itu, pertandingan ini dapat memberi pengetahuan tentang ilmu ICT kepada para pelajar...baca selanjutnya