Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Telaga Daing telah dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara staf Pusat Internet bersama komuniti setempat. Ia juga sekaligus untuk mempromosikan pusat internet. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan terutamanya bagi pelajar sekolah seperti puzzle online, kahoot, online colouring dan tekakata....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA CINTA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 04 November 2018

Program Jelajah Anak Muda Cinta Malaysia diadakan bertujuan untuk menerapkan sifat cintakan negara dalam diri anak muda sekaligus dapat mengurangkan gejala social yang kini semakin teruk di negara ini. Program ini dianjurkan bagi mendekati keinginan anak muda dalam menjadi pemangkin negara pada masa hadapan....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI PENGLIHATAN SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2018

Hari Penglihatan Sedunia dilancarkan sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan mata dengan betul. Pengunjung yang mengunjungi pameran dan booth-booth telah dibuka berpeluang untuk membuat saringan mata secara percuma. Selain itu, diadakan juga mini explorace dan cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi majlis....baca selanjutnya

‘CAR FREE HOUR’

Aktiviti Terkini | 21 September 2018

Program “Car Free Hour” dijalankan bertujuan untuk menggalakkan seluruh masyarakat menjalankan budaya hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan kereta atau motosikal dalam kehidupan seharian seterusnya menjadikan budaya berjalan kaki, berjogging serta berbasikal sebagai aktiviti yang tidak asing dalam kehidupan seharian sekaligus dapat menjaga kebersihan udara yang tercemar berpunca daripada asap kereta dan motor....baca selanjutnya

'JENGA GAMES'

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2018

Program “Jenga Games” dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kepantasan dan daya kreatif berfikir pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah rendah. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berdaya saing dan tidak mudah berputus asa dalam sesuatu pertandingan yang disertai....baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2018

Program 'Fast Typing Competition' dijalankan bertujuan untuk memupuk budaya saing dengan cara yang sihat sesama ahli. Program ini dijalankan kepada pelajar sekolah rendah bagi membolehkan mereka membiasakan diri menggunakan aplikasi Microsoft Office Word yang mana memudahkan mereka apabila memasuki sekolah menengah kelak....baca selanjutnya

KEMPEN TERENGGANU BERSIH USAHASAMA BERSAMA KERAJAAN NEGERI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2018

Program Kempen Terengganu Bersih adalah program usahasama kerajaan Negeri yang telah diadakan di Pantai Teluk Ketapang. Program ini dianjurkan adalah untuk memupuk sikap saling membantu dan bekerjasama antara penduduk sekitar Telaga Daing dan berhampirannya selain untuk menambahkan jumlah pengunjung dikawasan ini....baca selanjutnya

MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2018

Program Mewarna Online ini telah dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Telaga Daing yang telah disertai oleh sebahagian dari pelajar Tadika Kemas Mawaddah Kampung Telaga Daing. Program yang bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk belajar sambil bermain ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang antaranya berumur seawal usia 5 tahun....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA BUKU @PPAT 2018

Aktiviti Terkini | 02 & 03 April 2018

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Antaranya persembahan artis cilik Muhammad Irfan Yusmanizam atau lebih dikenali sebagai Mat ipang, pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

PROGRAM IMPAK BERSAMA MARA

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Program IMPAK yang telah diadakan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di mana program ini dapat memberi pendedahan sambil mempromosikannya kepada umum. Selain dari itu, ia juga dapat membuka peluang kepada para usahawan yang terdiri dari seluruh negeri untuk meluaskan lagi perniagaan mereka. Selain memperkenalkan program ini yang merupakan inisiatif daripada MARA, ia juga membuka peluang yang meluas kepada lepasan siswazah untuk menyertai program ini yang menawarkan latihan di syarikat terkemuka di seluruh negara sebelum diserap masuk sebagai pekerja tetap sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negara ini....baca selanjutnya

KUIZ & PERTANDINGAN MATEMATIK

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Program ini dijalankan untuk menyemai minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran Matematik. Selain itu, diharapkan aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar....baca selanjutnya

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA OLEH EFKEYO

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

PI1M Telaga Daing telah bekerjasama dengan Pusat Optometris Efkeyo mengadakan Program Pemeriksaan Mata Percuma kepada komuniti Kg Telaga Daing dan penduduk sekitarnya. Program ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Peserta yang hadir berumur linkungan belasan tahun sehingga 70-an. Pemeriksaan mata ini dilakukan sendiri oleh Doktor Mata yang mana merupakan pemilik Pusat Optometris Efkeyo iaitu Dr. Fadila Kasmawani binti Fakaruddin. Selain itu, pameran dan jualan cermin mata turut diadakan semasa program ini. Seramai lima orang peserta yang terawal mendapat bingkai mata percuma daripada Pusat Optometris Efkeyo....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti