Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SUKAN PENUTUP TAHUN 2019

Aktiviti Terkini | 06 Disember 2019

Program Sukan Penutup Tahun 2019 hasil usahasama antara MPKK dan Pusat Internet Kg Telaga Daing yang telah melibatkan pelbagai jenis aktiviti sukan termasuklah seperti senaman Zumba, pertandingan bola jaring dan bola sepak....baca selanjutnya

ENGLISH TUTOR PROGRAM

Aktiviti Terkini | 16, 22 & 23 November 2019

Program pengisian musim cuti sekolah telah dianjurkan usahasama oleh Pusat Internet Kg Tengkawang yang telah melibatkan pelbagai jenis aktiviti termasuklah tutor program. Tutor program telah terbahagi kepada beberapa jenis subjek bagi setiap minggu dan telah mendapatkan sambutan yang menghangatkan....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI POS PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Program tahunan bagi Pos Malaysia seluruh negara telah menjemput Pej SKMM Negeri Terengganu selaku salah satu penaja utama untuk melancarkan acara tahunan yang dibuat secara besar besaran ini....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Sept 2019

Program hasil usahasama semua Pusat Internet Kluster Kuala Nerus dan Malaysian ICT Volunteer (MIV) yang bertujuan untuk menyampaikan KDB talk kepada komuniti serta menyampaikan hebahan mengenai penutupan siaran tv analog dan akan digantikan dengan myfreeview....baca selanjutnya

MEMPERKENALKAN DUNIA ICT

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2019

Memperkenalkan dunia ICT adalah untuk menggalakkan pelajar yang berumur 6 tahun ke bawah untuk mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang dunia internet....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2019

Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri merupakan acara tahunan bagi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) . Ia bertujuan untuk membei kesedaran dan galakkan kepada warga kerja kerajaan khususnya bagi lebih menghargai ibu bapa dan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan media social....baca selanjutnya

KUALA NERUS CAR FREE HOUR

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Kuala Nerus Car Free Hour merupakan acara yang diadakan setiap bulan oleh Pejabat Daerah Kuala Nerus serta usahasama PI Telaga Daing yang bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan dalam urusan seharian....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA SURAU HAJI TUAN GURU HAJI ZAINAL ABIDIN KG TELAGA DAING

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Pusat Internet Kg Telaga Daing telah mendapat kerjasama dengan Surau Tuan Haji Zainal Abidin Kg Telaga Daing dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk setempat bagi melengkapkan acara tahunan bulan Ramadhan surau tersebut. Majlis yang bermula jam 5 petang itu telah dirasmikan oleh MB Terengganu iaitu Dr Hj Samsuri bin Mukhtar....baca selanjutnya

KURSUS JANGKA PENDEK ADOBE PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 29 - 30 April 2019

Pusat Internet Kg Telaga Daing telah mendapat kerjasama dengan KEMAS Daerah Kuala Nerus dalam memberi pendedahan kepada golongan belia tentang asas kemahiran adobe photoshop. Di samping itu, kursus ini juga memberi peluang kepada Pusat Internet Kg Telaga Daing untuk mempromosikan bahawa Pusat Internet di seluruh Malaysia mempunyai tempat latihan ICT yang selesa dan kondusif sekaligus menaikkan lagi PI di seluruh Malaysia terutamanya di Daerah Kuala Nerus/Kuala Terengganu....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & E-WASTE SEMPENA PESTA BUKU @PPAT

Aktiviti Terkini | 02 & 03 Mac 2019

Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk menarik orang ramai terutama golongan pelajar. Pertandingan teka muka surat buku, persembahan buskers, pertandingan mewarna, demonstrasi masakan dan food truck....baca selanjutnya

Kursus Literasi Maklumat Dan Media (Lmm) Kerjasama Bersama Pejabat Kemas Terengganu

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2019

Memberi pendedahan tentang cara mengenal pasti, mencari dan menilai maklumat dengan cara yang betul dan cepat kepada para peserta....baca selanjutnya

Program Mari Jaga Gigi Kita

Aktiviti Terkini | 09 Januari 2019

Memberi Tunjuk Ajar Tentang Cara Penjagaan Gigi Yang Sebenar dan pendedahan Kepada Generasi Cilik Tentang Pentingnya Menjaga Gigi Sejak Kecil... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti