Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


ZIARAH MANGSA BANJIR KILAT BERSAMA PIHAK MPKK

Aktiviti Terkini |24 Disember 2020

Sesi ziarah para penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Kg Telaga Daing dan kawasan Seberang Takir...baca selanjutnya

BANTUAN UNTUK MANGSA BANJIR KILAT BERSAMA PIHAK MPKK

Aktiviti Terkini |18 November 2020

Bantuan kepada mangsa banjir dengan kerjasama pihak mpkk telah memberi kelegaan kepada beberapa keluarga di sekitar Kg Telaga Daing dan kawasan Seberang Takir...baca selanjutnya

KELAS ASAS ICT BERSAMA IBU TUNGGAL FASA 2

Aktiviti Terkini | 2 Oktober 2020

Kelas Asas ICT bersama Persatuan Ibu Tunggal telah berlangsung di PI Telaga Daing...baca selanjutnya

KELAS ASAS ICT BERSAMA IBU TUNGGAL

Aktiviti Terkini | 25 September 2020

Untuk memperkenalkan asas penggunaan komputer kepada warga yang berusia 30 tahun ke atas...baca selanjutnya

FUN RIDE KOMUNITI SEBERANG TAKIR

Aktiviti Terkini |29 Ogos 2020

Mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat...baca selanjutnya

IN-HOUSE TRAINING “ TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM”

Aktiviti Terkini | 21 – 22 Julai 2020

Pembentukan sikap - melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif dalam melaksanakan tugas;...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

ONLINE COLOURING BY NUMBERS

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2020

Untuk mencipta suasana seronok kepada pelajar...baca selanjutnya

HARI KELUARGA KOMUNITI TELAGA DAING

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PI dan penduduk sekitar Kg Telaga Daing...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti