Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini dikatakan telah dibuka oleh pedagang Bugis yang telah menjadikan tempat ini sebagai sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan pelayaran ke Kemboja bagi tujuan berdagang dan menuntut ilmu. Mereka telah menggali telaga untuk kegunaan mereka sepanjang waktu persinggahan dan nama kampung ini dinamakan sempena nama salah seorang pedagang tersebut yang bernama Daing dan telaga yang digali oleh mereka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KUIZ MAULIDUR RASUL

15 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Program “Kuiz Maulidur Rasul” merupakan sebuah program yang terbuka kepada semua pengunjung setia Pusat Internet 1 Malaysia tidak kira dari pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Selain daripada memberi pengetahuan tambahan mengenai Rasullullah s.a.w., kuiz ini juga merupakan sambutan sederhana sempena Maulidur Rasul bagi peringkat PI1M sekaligus menggalakkan pengunjung setia PI1M untuk sentiasa mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

'INDOOR GAMES FOR YOUTH'

18 November 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan permainan indoor games pada golongan murid pada masa kini dan masa hadapan.Selain itu, ingin membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam aktiviti berkumpulan...baca selanjutnya

'WEEKEND FUNWALK AND AEROBICS'

28 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini telah diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 28 Oktober 2016. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan bersukan untuk kesihatan dan menyemai rasa kasih sayang antara komuniti setempat dan staff PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PERLAWANAN BADMINTON ANTARA REGU

23 September 2016 | Aktiviti Terkini

Perlawanan badminton ini dijalankan bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk menceburi diri dalam aktiviti sukan dan merehatkan minda daripada tekanan pembelajaran. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan bersukan untuk kesihatan.....Baca selanjutnya

PERADUAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Peraduan Mewarna ini diadakan bersempena sambutan pada bulan Kemerdekaan bersama dengan Tabika Kemas Mawaddah Telaga Daing. Matlamat utama penganjuran aktiviti ini adalah....Baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA PI1M TELAGA DAING

22 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aktiviti menjalinkan silaturahim yang melibatkan pengunjung Pusat Internet 1 Malaysia Telaga Daing dan komuniti setempat. Selain itu....Baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

25 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

PENDAHULUAN : Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan para peserta untuk mengaplikasikan ilmu perkomputeran yang telah diajar dalam kelas ICT dengan penghasilan sekeping kad Selamat Hari Raya menggunakan peralatan komputer dan mencari bahan melalui internet di Pi1M Telaga Daing. Baca selanjutnya

MATH CONTEST / QUIZ

27 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan untuk menyemai minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran Matematik. Selain itu, diharapkan aktiviti ini dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran Matematik di kalangan pelajar...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SUSUN SUAI GAMBAR (JIGSAW PUZZLE ONLINE) & TAKLIMAT KDB

23 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk menggunakan komputer dan melayari internet dengan mudah dan bijak (Klik Dengan Bijak). Selain itu, kedatangan penduduk ke Pi1M Telaga Daing untuk aktiviti ‘Jigsaw puzzle online’ yang dijalankan dapat mempromosikan Pi1M dari segi servis yang disediakan, kelas usahawan dan ict, kelebihan keahlian Pi1M, promosi event bulanan dan lain-lain...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Kg Telaga Daing ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg Telaga Daing seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti